Pengasas Koperasi OTAi Berhad
Dr. Hj. Suhaimi Hj. Abas
Umur: 52 Tahun (2025)
Tempat Lahir: Pantai Remis, Perak
Adik-Beradik: 10 Orang
Kelulusan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pengalaman: Bekerja Selama 3 Tahun & Berniaga Selama 32 Tahun
Anugerah:
PENGENALAN
Koperasi OTAi Berhad
KOPERASI OTAi BERHAD – Dahulu dikenali sebagai Koperasi Usahawan Islam Berhad
Tarikh ditubuhkan : 25 April 2016
No Pendaftaran : W-4-1107
Alamat : No. 3A, Jalan L5/1, Verge 32, Melawati, Ampang, 68000 Selangor, Malaysia
No Telefon : 03-61790163/ 011-5354 5363
Email : kob@otaigroup.com
Ahli Lembaga Koperasi : (7) Tujuh Orang
Rujukan SKM.IP (PEND) W-1050/(1)
Anggota Angkasa : 28 November 2016
No Anggota :9434/WPC790
KOB menjadi platform utama bagi komuniti kerjaya islam, pendidik dan pencinta inovasi ekonomi untuk bersama-sama menggerakkan perubahan positif dalam masyarakat.
Kami percaya bahawa koperasi bukan sekadar entiti perniagaan, tetapi agen perubahan untuk kemajuan bersama.
Keistimewaan KOB:
Jaringan Usahawan: Lebih 400 gerai kerjaya Islam, dan syarikat di bawah ekosistem kami.
Latihan & Pendidikan: Program Seminar, latihan kerjaya Islam, mentor-mentee dan banyak lagi.
Peluang Pelaburan & Pendapatan: Skim keahlian, pelaburan bersama, gaji minimum, dan komisen.
Projek Sosial & Komuniti: Aktif dalam projek kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat.
Pendaftaran
Visi
MELAHIRKAN BELIA BERKERJAYA
BAGI MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA
DAN MEMARTABATKAN ISLAM DIMATA DUNIA
Misi
Objektif
Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Pengurusan
Barisan Pengurusan KOB
Ahmad Fairuz Bin Mat Zaki
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Pakar Operasi & Pemasaran Pemegang MBA, berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengurusan syarikat, pemasaran dan operasi F&B. Pernah memimpin beberapa syarikat besar dan projek pemasaran, beliau memacu strategi pemasaran, promosi dan pembangunan perniagaan KOB ke peringkat yang lebih tinggi.
Muhammad Khairi Bin Abu Yamin
Ketua Pegawai Operasi (COO)Pakar Perbankan Islam & Perunding Syariah Mempunyai latar belakang akademik dalam bidang Syariah, diploma tahfiz dan pengalaman luas dalam sektor perbankan Islam. Berkhidmat sebagai eksekutif syariah, penasihat dan perunding di institusi kewangan ternama, beliau kini memacu pelaksanaan operasi, kawalan kualiti dan pembangunan projek KOB.
TG. Dr. Hj. Suhaimi Bin Hj. Abas
Pengerusi & Pengasas KOBTokoh pendidikan, aktivis masyarakat dan peneraju utama dalam bidang dakwah serta pembangunan modal insan. Berpengalaman lebih 30 tahun, beliau memainkan peranan penting dalam merancang hala tuju strategik KOB dan membina ekosistem komuniti yang kukuh.
RAKAN STRATEGIK
RAKAN STRATEGIK KOB
OTAi BURGER MALAYSIA
PENGENALAN OTAI BURGER MALAYSIA
OTAI Burger Malaysia merupakan sebuah perniagaan yang diasaskan oleh Dr. Hj. Suhaimi Bin Hj. Abas sejak tahun 1997. OTAi Burger Malaysia adalah sebuah syarikat milikan penuh orang Islam yang berusaha membangunkan ekonomi ummah melalui produk berkualiti tinggi dan perniagaan yang barakah. Sebagai syarikat yang berpegang teguh kepada prinsip syariah, kami bukan sahaja menjamin produk yang halal, berkualiti, dan berkah, tetapi juga membuka peluang kerjaya kepada anak muda.
Kami menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia, selain mempunyai pendapatan daripada gaji dan komisen mereka juga didedahkan dengan ilmu perniagaan serta latihan kerjaya melalui program OTAi Akademi. Sehingga kini, OTAi Burger telah membimbing hampir 400 buah gerai, foodtruck dan kiosk di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Belia dilatih supaya sentiasa berdisiplin serta menjadi sosial entrepreneur yang cakna kepada kebajikan pelanggan dan masyarakat setempat. Selain itu, mereka digalakkan untuk menambah ilmu, membina jaringan perniagaan, dan sentiasa membantu komuniti di sekeliling mereka agar setiap rezeki yang diperoleh mendapat keberkatan dan manfaat bersama.
Melalui program OTAi Akademi, kami akan menyediakan modul latihan kerjaya, latihan praktikal, khidmat bimbingan, serta platform jaringan perniagaan dan pemasaran untuk melahirkan lebih ramai belia berdaya saing serta membangunkan ekonomi Ummah.
OTAi Burger Malaysia kekal komited untuk terus membantu membina jaringan kerjaya Muslim, membuka peluang perniagaan kepada semua, dan menyediakan francais industri kerjaya berasaskan gerai. Kejayaan francais anda kejayaan kita bersama.
Aktiviti Menarik
Perniagaan Gerai
Perniagaan Foodtruck
KESIMPULAN
KOPERASI OTAI BERHAD
ANDA MAMPU MENGUBAH HIDUP ANDA
BERSAMA KAMI
KE ARAH YANG LEBIH BAIK
Testimoni Usahawan KOB
PPC Azan
Lokasi Operasi B. Mahkota
"Bimbingan & Modal Dari KOB, Bisnes Saya Semakin Berkembang!"
PPK Fateh
Parlimen Puchong
“Latihan Keusahawanan KOB Memang Luar Biasa”























