Konsultasi & Jaringan Strategik

Bersama Membina Masa Depan Keusahawanan Islam

Koperasi Otai Berhad (KOB) komited mewujudkan ekosistem kolaborasi strategik bersama pelbagai rakan industri, institusi pendidikan, madrasah, NGO serta agensi kerajaan demi memperkasakan pembangunan keusahawanan Islam di Malaysia. Kami percaya bahawa kejayaan lebih bermakna jika dikongsi bersama – melalui jaringan kukuh, bimbingan profesional dan perkongsian peluang secara inklusif.

Apa Yang Ditawarkan?

Konsultasi Perniagaan & Francais

Khidmat nasihat, bimbingan dan mentoring keusahawanan untuk pelbagai peringkat usahawan – dari startup, francais hingga korporat.

Latihan & Pembangunan Kapasiti

Program latihan intensif bersama pelajar madrasah, graduan TVP dan komuniti belia, dengan sokongan tenaga pengajar OTAi Franchise Sdn Bhd.

Perkongsian sumber dan pengetahuan melalui seminar, bengkel, kelas motivasi dan latihan operasi francais.

Penempatan latihan praktikal, perantisan dan peluang pekerjaan dalam perniagaan OTAi Burger Malaysia dan jaringan francais.

Jaringan Rakan Strategik

Kolaborasi bersama madrasah, institusi pendidikan, agensi kerajaan, serta NGO.

Peluang madrasah menjadi rakan strategik – terima manfaat 2.5% hasil jualan, pendapatan sewaan, dan insentif pelajar.

Rangkaian alumni, mentor, dan tenaga pakar francais membina ekosistem sokongan KOB.

Jaringan Bisnes & Peluang Kolaborasi Pasaran

OTAi Franchise Sdn Bhd membuka peluang kepada usahawan, pelajar dan komuniti madrasah untuk menembusi pasaran baharu melalui rangkaian francais, koperasi dan projek kolaborasi.

Kolaborasi perniagaan, projek komuniti, pemasaran bersama dengan syarikat swasta, agensi kerajaan, serta institusi kewangan Islam.

Perniagaan gerai

Perniagaan Foodtruck

Impak Konsultasi & Jaringan Strategik KOB

  • Peluang keusahawanan terbuka untuk pelajar lepasan sekolah & madrasah, dengan insentif menarik, latihan tanpa yuran, dan manfaat terus kepada institusi pendidikan

  • Menyokong pembangunan madrasah dan komuniti melalui manfaat ekonomi serta peluang latihan bersama OTAi Franchise Sdn Bhd.

  • Membina komuniti usahawan beretika, profesional dan patuh syariah yang saling menyokong dan berkembang dalam ekosistem francais.

01
400+ usahawan dibimbing
02
Insentif RM 1,000 – RM 1,500
03
2.5% hasil jualan untuk madrasah

 Sertai Jaringan KOB & OTAi Franchise Sdn Bhd

Bersama KOB dan OTAi Franchise Sdn Bhd, anda bukan sahaja mendapat bimbingan profesional, malah akses kepada jaringan francais, latihan operasi, dan peluang kerjasama pasaran yang lebih luas.
Jom jadi sebahagian dari ekosistem KOB yang progresif, menyantuni komuniti dan membina ummah yang berjaya!

Berminat mendapatkan konsultasi, peluang latihan, francais, atau ingin tahu peluang jaringan strategik?
Hubungi kami hari ini untuk info lanjut.