Pembangunan Usahawan

Memperkasa Usahawan Muda, Membangunkan Generasi Usahawan Berjaya

Pembangunan usahawan adalah teras utama perjuangan Koperasi Otai Berhad (KOB). Kami menyediakan pelbagai platform, sokongan, dan bimbingan untuk membantu ahli serta komuniti membina perniagaan berdaya saing, patuh syariah, dan mampan.


Fokus Utama Pembangunan Usahawan di KOB:

Bimbingan Usahawan Baru

Lebih 400 usahawan & francaisi berjaya dibimbing sejak 1997.

Program onboarding usahawan: gerai, foodtruck & kiosk OTAi Burger Malaysia di seluruh negara.

Sistem mentor-mentee bersama tenaga pengajar berpengalaman.

Akses Modal & Pembiayaan Patuh Syariah

Akses kepada modal tanpa riba untuk ahli & usahawan baru.

Program pembiayaan mikro & insentif khas untuk graduan TVP KOB.

Latihan Praktikal & Modul Bisnes

Latihan praktikal dan modul pemantapan ilmu perniagaan, operasi, pemasaran dan pengurusan.

Kursus, bengkel, dan seminar intensif sepanjang tahun (gabungan 70% praktikal, 30% teori).

Penekanan kepada amalan bisnes beretika, pengurusan akaun dan pemasaran digital.

Jaringan Francais & Komuniti

Peluang menyertai jaringan francais OTAi yang kukuh dan komuniti usahawan luas.

Bimbingan berterusan melalui OTAi Akademi dan program alumni.

Bimbingan Khusus Melalui Sistem TVP KOB

Laluan khas untuk lepasan Tahfiz Vokasional Perniagaan (TVP KOB) menjadi usahawan/PPK/PPC.

Model latihan kerja real-world, latihan pemasaran & praktikal di lokasi sebenar.

Modul Khas untuk Pelajar, Belia & Komuniti

Program latihan usahawan untuk pelajar sekolah, belia, dan komuniti asnaf.

Peluang penempatan kerja, latihan industri, dan pembinaan kerjaya bisnes.

Kenapa Pilih KOB untuk Pembangunan Usahawan?

01
Lebih 400 usahawan & francaisi berjaya dibimbing sejak 1997
02
Akses kepada modal tanpa riba
03
Mentor & tenaga pengajar berpengalaman
04
Modul latihan patuh syariah & praktikal
05
Jaringan francais & komuniti yang luas
06
Gabungan Latihan Tahfiz & Keusahawanan

Proses membentuk bakal Pengurus Perniagaan Koperasi

Contoh Laluan Kejayaan Usahawan KOB:

Salah satu laluan utama selepas latihan atau graduasi TVP KOB ialah menjadi PPC (Pengurus Perniagaan Cawangan) OTAi Burger Malaysia. Setiap PPC berpeluang menerima gaji tetap, perkongsian keuntungan, dan pelbagai manfaat sosial untuk keluarga.

Contoh sebenar pendapatan bulanan dan pembahagian keuntungan bagi usahawan yang menguruskan cawangan OTAi Burger Malaysia. Sistem ini memastikan setiap usahawan mendapat manfaat maksimum.

Melalui sistem ini, usahawan bukan sahaja dapat membina pendapatan yang stabil, malah turut menyumbang kepada ibu bapa dan komuniti melalui sumbangan khas setiap bulan.

Laporan jualan PPK Fateh Ogos - Disember 2024

Kejayaan Usahawan